Thursday, July 28, 2016

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE




Di SHAKLEE, kami yakin kehidupan lebih sihat bermula dengan bahan yang sihat iaitu hasil khazanah alam sumber yang mengagumkan dunia. Kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
SHAKLEE  bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, SHAKLEE merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. SHAKLEE melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk SHAKLEE Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
SHAKLEE menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
SHAKLEE menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
SHAKLEE telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
SHAKLEE menawarkan 4 kategori produk utama iaitu:
1. Set pemakanan sihat (SHAKLEE Nutrition): anti penuaan, nutrisi penting, antioksida, kesihatan tulang, kesihatan jantung, kesihatan pencernaan, sokongan imun, kesihatan hati, kesihatan wanita, nutrisi kanak-kanak, nutrisi sukan
2. Set penjagaan berat badan (Cinch Inch Loss Plan)
3. Set penjagaan diri dan kecantikan: merangkumi produk kesihatan rambut prosante, set kecantikan muka nutriwite & enfuselle, penjagaan harian
4. Set penjagaan rumah (Get Clean)


Produk SHAKLEE adalah dijamin sihat serta HALAL.

Inginkan keterangan lanjut berkenaan produk SHAKLEE, boleh whatsapp saya di 0198185672 atau email rohaya.ramli@gmail.com

Wednesday, July 27, 2016

PEMAKANAN SEIMBANG VS. SUPPLEMEN

PEMAKANAN SEIMBANG VS. SUPPLEMEN

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.


Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.iii. Kandungan fiber yang mencukupiiv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan 
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.


Antara beberapa tips pemakanan seimbang yang boleh diamalkan:

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

tips: setiap 25kg berat badan perlukan 1L air

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Antara jadual makanan yang boleh dijadikan panduan



Adakah anda mengamalkan pengambilan makanan seperti dalam piramid makanan??Jika tidak, pengambilan supplemen adalah digalakkan bagi menampung kekurangan zat dan nutrisi dalam badan kita. Insyaallah, sama-samalah kita mengambil kebaikan dari produk yang bagus dan terjamin halal




Saya akan menceritakan dalam post seterusnya bagaimana supplemen SHAKLEE dapat membantu dalam melengkapkan nutrisi dan pemakanan seimbang seharian


Thursday, July 21, 2016

KENAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMEN

Mcm2 org fikir pasal supplemen nie..perlu ker amek supplemen, x berani la nk makan takut ada kesan lain pulak pada kesihatan, mahal la dan mcm2 lg la. Selepas saya kaji serba sedikit pasal supplemen nie, dpt buka mata dan hati saya untuk menggunakan supplement dari shaklee. Sebelum sy terangkan lg details pasal supplement shaklee, sy nk kongsikan dulu kenapa badan kita nie perlukan supplement

SEBAB TUBUH BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMENT


1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
   

3.  Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.



6. Gaya hidup tidak sihat
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.


Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Saya harap anda semua dapat sedikit manfaat dari perkongsian ini

Jika berminat untuk mengetahui sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya di talian 0198185672 atau email saya di rohaya.ramli@gmail.com