Thursday, July 21, 2016

KENAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMEN

Mcm2 org fikir pasal supplemen nie..perlu ker amek supplemen, x berani la nk makan takut ada kesan lain pulak pada kesihatan, mahal la dan mcm2 lg la. Selepas saya kaji serba sedikit pasal supplemen nie, dpt buka mata dan hati saya untuk menggunakan supplement dari shaklee. Sebelum sy terangkan lg details pasal supplement shaklee, sy nk kongsikan dulu kenapa badan kita nie perlukan supplement

SEBAB TUBUH BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMENT


1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
   

3.  Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.



6. Gaya hidup tidak sihat
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.


Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Saya harap anda semua dapat sedikit manfaat dari perkongsian ini

Jika berminat untuk mengetahui sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya di talian 0198185672 atau email saya di rohaya.ramli@gmail.com

1 comment:

  1. The King Casino | Ventureberg
    Discover ventureberg.com/ the rise and fall of worrione the poormansguidetocasinogambling king casino, one of the world's largest The Casino is 바카라 operated by the King Casino Group. You can 1xbet korean

    ReplyDelete