Thursday, October 13, 2016

TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN


Adakah anda orang yang mudah demam, selsema, batuk serta sering jatuh sakit apabila terdedah dengan persekitaan yang tidak sihat? Itu adalah tanda menunjukkan sistem imunisasi badan anda bermasalah. Kita memang tidak dapat lari daripada patogen iaitu benda asing seperti habuk, debu, toksin, kuman, bakteria yang terdapat di persekitaran kita. Jadi, selain menjaga persekitaran, perlu juga kita tingkatkan sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan kita supaya kita tidak sering dijangkiti penyakit.


Apakah yang dimaksudkan dengan imunisasi?


Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ yang bertindak sebagai penghalang penceroboh iaitu patogen (virus, bakteria, kulat, cacing, microorganisama dan parasit lain) yang memasuki tubuh dan boleh menyebabkan penyakit




Tahap imunisasi yang rendah ataupun tinggi juga boleh mengundang kepada penyakit:





Apakah organ sistem imunisasi badan?



Organ imunisasi badan ada terdiri luaran dan juga dalaman yang melindungi, menghasilkan enzim, sel darah putih dan juga tempat menyimpan bakteria yang baik untuk menghalang patogen yang memasuki badan kita




Terdapat 3 lapisan sistem pertahanan badan:


Lapisan pertama: kulit, silia, mukus, air liur, peluh, asid perut

Lapisan kedua: inflamasi, sel fagosit seperti sel darah putih, protein antimicrobia (interferon), natural killer cell

Lapisan ketiga: limfosit, antibodi





Bagaimana sistem imunisasi berfungsi?


Tugas utama imun ialah melindungi badan kita daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain melalui tiga cara utama:


Lapisan pertahanan pertama: Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh

Lapisan pertahanan kedua: Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan, memakan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak 

Lapisan pertahanan ketiga: Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser serta sel2 yang telah dijangkiti pada peringkat awal dan menyingkirkannya



BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU?



Hanya produk shaklee sahaja yang dapat membantu menjaga keseluruhan sistem pertahanan badan kita. Setiap lapisan pertahanan memerlukan vitamin dan mineral yang cukup supaya dapat berfungsi dengan baik


Lapisan pertahanan pertama:

  1. Memerlukan multivitamin untuk menyediakan nutrisi asas untuk sel hidup serta sihat
  2. Omega 3 membantu untuk mengelakkan keradangan
  3. Protein untuk membantu menjaga kesihatan kulit serta kesihatan sel

Lapisan kedua:

  1. Memerlukan vitamin C dalam membantu sel darah putih (sebagai askar dalam badan) untuk menyerang patogen
  2. Bawang putih bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  3. Interferon semulajadi iaitu salah satu sel protein yang bertindak sebagai alarm untuk mengejutkan askar pertahanan dalam menyerang patogen
  4. Karotenoid yang membantu natural cell killer serta menghalang pembentukan sel kanser


Lapisan ketiga:
  1. Memerlukan polifenol dan resvetrol yang tinggi dalam mebaiki sel DNA yang rosak disebabkan oleh virus


Produk shaklee dapat membekalkan semua keperluan vitamin dan mineral untuk pertahanan badan yang sihat dan kuat. Selain itu juga, shaklee menyediakan produk penjagaan rumah yang bebas bahan kimia dan toksin dalam menjaga persekitaran yang sihat bermula dari rumah




Inginkan penjelasan lanjut serta ingin buat tempahan, boleh hubungi saya pengedar shaklee yang sah


Thursday, October 6, 2016

PERLUNYA PENJAGAAN HATI..


Hati merupakan organ homeostatis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma badan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik darah. Ia juga menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kg. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.


Dari sudut pandangan Islam, hati juga memainkan peranan penting dalam mecorakkan kehidupan samada ke arah kebaikan atau keburukan.


1. Hati yang bersih ialah hati yang mendorong manusia untuk sentiasa menjalankan perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya.
2. Hati yang mati, menyebabkan seseorang itu merasa lazatnya melakukan kemungkaran dan mengikut nafsu syahwatnya tanpa menghiraukan keredhaan ALLAH
3. Hati yang sakit pula menyebabkan seseorang itu sentiasa ada penyakit hati seperti buruk sangka, sombong, iri hati, dendam dan sebagainya


Begitu juga dalam sudut kesihatan. Hati merupakan organ penting untuk memastikan kesihatan badan kita yang menjalankan pelbagai fungsi dalam badan. Hati yang bersih menjamin kesihatan badan kita. Namun, hati yang kotor akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.




Sekiranya hati tidak dijaga dengan baik dan tidak dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi, lama kelamaan hati akan menjadi 'terlalu penat' dan mengundang kepada penyakit.

Walaupun seseorang itu telah mengamalkan cara pemakanan dan penjagaan diri yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayuran, buahan,kurangkan makanan berlemak dan bergula, minum air yang ditapis, sentiasa bersenam, menggunakan produk penjagaan diri yang organic, namun kita masih terdedah dengan toksin dari persekitaran seperti udara, tanah, kenderaan, kilang dan sebagainya

Apabila hati tidak bersih, toksin tidak dapat dikeluarkan dari badan sepenuhnya dan sebaliknya akan disimpan di lapisan lemak yang boleh mengundang kepada masalah berat badan dan juga perut buncit.


MAKANAN UNTUK HATI SIHAT

Boleh lihat di lama web http://www.shashamohamed.com/2014/05/27-makanan-yang-baik-untuk-hati.html untuk mengetahui makanan yang sesuai untuk penjagaan hati


DETOK HATI DENGAN SHAKLEE

Selain penjagaan makanan serta senaman, hati juga perlu dibersihkan dari segala kotoran dan toksin jahat melalui proses detoksifikasi.




SHAKLEE datangkan DTX Complex untuk membersihkan hati kita secara menyeluruh


DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting daripada milk thistle seed, artichoke, dandelion, turmeric, reishi mushroom dan schizandra.


Kebaikan DTX Complex:

1. Melindungi hati dari toksin seperti dadah, racun dan bahan kimia

2. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis

3. Membina semula sel hati

4. Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu serta mencegah batu karang

5. Mengandungi curcumin dan silymarin; bahan antioksida

6. Meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

7. Merendahkan gula dalam darah

8. Membina imun-membantu dalam mencegah atau merawat kanser


Untuk keterangan lanjut dan inginkan tempahan, hubungi saya di 0198185672



"PELIHARA HATI ANDA SEBELUM PARAH"