Monday, November 7, 2016

MUKA BERSIH DAN BERSERI-SERI


Muka yang bersih, cantik dan berseri-seri adalah idaman setiap manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan termasuklah diri saya sendiri. Ketika saya zaman bujang dulu, rajin juga lah menjaga muka dengan pelbagai set kecantikan muka. Memang selalu bertukar-tukar set.. hehehe..Selepas berkahwin, memang langsung tak beli apa2 produk kecantikan. Pada suatu hari, rajin pulak nak tengok2 muka kat cermin, nampak muka makin kusam dan blackhead dah makin banyak. Masa tuh la terdetik untuk menjaga muka semula. Mesti la nak sentiasa berseri-seri secara semulajadi untuk suami tercinta kan.


Memandangkan saya sudah jatuh cinta dengan beberapa supplemen produk shaklee, saya pun beli salah satu produk kecantikan shaklee iaitu Nutriwhite Action Makeup Remover Shaklee. Alhamdulillah beberapa kali guna, memang nampak perbezaannya. Keluarlah segala sel kulit mati kat muka tuh. Yang paling seronok adalah, muka rasa sangat licin dan lembut. Tambah2 lagi, dapat pujian dari si suami. Saya pilih make up remover shaklee ini adalah untuk hilangkan segala kotoran dan sel mati di muka yang mungkin dah bertahun melekat kat muka. Produk nie sesuai untuk sesiapa sahaja walaupun tidak bermake up.





Saya kongsikan sedikit kenapa kulit muka boleh jadi kusam dan tidak berseri-seri.


Kulit kusam boleh disebabkan oleh faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman disebabkan oleh kurangnya nutrisi badan yang berguna untuk menjaga kelembapan wajah seperti kurangnya vitamin C, vitamin E, kolagen, protein dan juga toksin banyak dalam badan. Keadaan kulit termasuk kulit mati, kering, berminyak serta berjerawat juga menyebabkan kulit kusam. Faktor luaran pula disebabkan oleh pencemaran udara, sinaran matahari dan juga kesan produk kecantikan yang tinggi bahan kimia.


Ingin dapatkan kulit muka yang sihat, bersih dan berseri-seri, perlulah rajin untuk mencuci muka dengan air bersih, minum air kosong secukupnya, jaga pola makanan sihat dan selalu amalkan pengambilan buah serta sayuran yang sihat.


Selain menggunakan Gentle Action Makeup Remover, saya juga mengambil ESP dan Vitamin C Shaklee untuk penjagaan dalaman.


Kepada yang ingin mendapat kulit yang cantik, bersih serta berseri-seri, boleh cuba set dalaman serta set luaran kecantikan SHAKLEE mengikut kemampuan anda.




ESP
- Sumber protein yang merupakan sumber utama dalam pembentukan sel baru dan sihat
- Merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengurangkan kesan parut


B-Complex
- Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat
- Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.


Vitamin C SR
- Memberikan kolagen supaya kulit lebih kenyal
- Mampu mencerahkan kulit secara semulajadi dan sekata.


Vitamin E
- Membaiki parut,antipenuaan dan bersifat antioksida





Nutriwhite Action Makeup Remover
- Menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
- Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit


Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menghilangkan kotoran, buang sel mati dan menegangkan
- Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen


Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
- Mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Kulit lebih segar dan lembap



Boleh hubungi saya di 0198185672 untuk dapatkan konsultasi percuma untuk kecantikan muka anda. 

Thursday, November 3, 2016

KEPENTINGAN AIR UNTUK TUBUH

Seperti yang kita semua tahu, air merupakan elemen terbesar dalam tubuh kita. 70% daripada kandungan tubuh badan kita adalah terdiri daripada air.


Oleh sebab itu, kita haruslah mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk rekod, terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa setiap orang dewasa digalakkan mengambil 2.5 liter sehari. Ini adalah berdasarkan kepada kiraan satu mililiter air diperlukan untuk setiap kalori makanan. Orang dewasa memerlukan kira-kira 2500 cal sehari. Boleh jugak mengikut kiraan 1.5 liter air diperlukan bagi setiap 25 kg berat badan.

Kepentingan air untuk tubuh badan:

1. Melembapkan udara dalam peparu
2. Meningkatkan kadar metabolisme
3. Melindungi organ
4. Membantu organ menyerap nutrisi dengan baik
5. Mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
6. Menstabilkan suhu badan

Kesan kekurangan air terhadap tubuh badan:

1. Sembelit dan proses pencernaan terganggu
2. Badan mudah lesu, letih dan mudah mengantuk kerana kurang oksigen
3. Kehilangan air dan darah dalam badan yang boleh membawa maut
4. Badan rasa panas
5. Kurang daya tahan badan

Komposisi air yang diperlukan oleh tubuh:

80% berkumpul di otak
86% pada bahagian jantung
83% bekerja untuk pinggang
90% menguasai darah

Terdapat kajian sains mendapati bahawa:

- 1 gelas air diminum sebelum tidur mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam
- 1 gelas air diminum selepas mandi membantu mengurangkan tekanan darah rendah
- 1 gelas air diminum sebaik bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalaman

Jom amalkan minum air secukupnya untuk kesihatan badan kita yang optimum. Pada pengalaman saya, saya sendiri kurang minum air kosong sehingga pernah mendapat penyakit kencing kotor. Setelah saya mengamalkan pengambilan supplemen shaklee dalam diet harian, mengajar saya untuk disiplinkan diri untuk minum air kosong secukupnya. Pada awalnya, memang akan kerap ke tandas. Tapi, lama kelamaan, badan akan biasa. 

Ingin dapatkan supplemen kesihatan dari SHAKLEE, hubungi saya di 0198185672 (whatsapp).