Thursday, November 3, 2016

KEPENTINGAN AIR UNTUK TUBUH

Seperti yang kita semua tahu, air merupakan elemen terbesar dalam tubuh kita. 70% daripada kandungan tubuh badan kita adalah terdiri daripada air.


Oleh sebab itu, kita haruslah mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk rekod, terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa setiap orang dewasa digalakkan mengambil 2.5 liter sehari. Ini adalah berdasarkan kepada kiraan satu mililiter air diperlukan untuk setiap kalori makanan. Orang dewasa memerlukan kira-kira 2500 cal sehari. Boleh jugak mengikut kiraan 1.5 liter air diperlukan bagi setiap 25 kg berat badan.

Kepentingan air untuk tubuh badan:

1. Melembapkan udara dalam peparu
2. Meningkatkan kadar metabolisme
3. Melindungi organ
4. Membantu organ menyerap nutrisi dengan baik
5. Mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
6. Menstabilkan suhu badan

Kesan kekurangan air terhadap tubuh badan:

1. Sembelit dan proses pencernaan terganggu
2. Badan mudah lesu, letih dan mudah mengantuk kerana kurang oksigen
3. Kehilangan air dan darah dalam badan yang boleh membawa maut
4. Badan rasa panas
5. Kurang daya tahan badan

Komposisi air yang diperlukan oleh tubuh:

80% berkumpul di otak
86% pada bahagian jantung
83% bekerja untuk pinggang
90% menguasai darah

Terdapat kajian sains mendapati bahawa:

- 1 gelas air diminum sebelum tidur mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam
- 1 gelas air diminum selepas mandi membantu mengurangkan tekanan darah rendah
- 1 gelas air diminum sebaik bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalaman

Jom amalkan minum air secukupnya untuk kesihatan badan kita yang optimum. Pada pengalaman saya, saya sendiri kurang minum air kosong sehingga pernah mendapat penyakit kencing kotor. Setelah saya mengamalkan pengambilan supplemen shaklee dalam diet harian, mengajar saya untuk disiplinkan diri untuk minum air kosong secukupnya. Pada awalnya, memang akan kerap ke tandas. Tapi, lama kelamaan, badan akan biasa. 

Ingin dapatkan supplemen kesihatan dari SHAKLEE, hubungi saya di 0198185672 (whatsapp). 

No comments:

Post a Comment