Sunday, January 29, 2017

GASTRIK CEPAT HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Dah lama tertangguh untuk saya masukkan pasal gastrik dalam entri saya nie. 


Bulan lepas saya diserang gastrik dengan tiba-tiba. Masa tuh baru jer nak siapkan breakfast untuk family. Penihnya yang amat dan langsung tak boleh buat kerja. Kebetulan masa tuh ada stok ESP dan vitamin C di rumah, saya pun bancuh ESP dengan susu dan telan bersama 2 biji Vitamin C SR. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, tidak sampai satu jam pun gastrik terus hilang.


Kali terakhir saya diserang gastrik semasa sarat mengandungkan anak kedua. Masa tuh terpaksa kena masuk ward sebab tak tau lagi ada supplemen shaklee yang boleh bantu untuk hilangkan gastrik dengan cepat. 


Saya pun tak tau yang saya nie ada masalah gastrik dan memandangkan saya dah kena dua kali, saya pun buat study ckit berkenaan gastrik nie.
 

Apa itu gastrik?

Secara normal dan semulajadinya, sel-sel dalam perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk pencernaan makanan. Asid nie sangat berasid iaitu pada skala pH 1-2 yang boleh menghakis jika terkena kulit luaran. Tetapi dalam perut ada lapisan mukosa bertindak sebagai pertahanan untuk melindungi dinding perut daripada terkena kesan asid tadi. 


Tetapi, apabila terlalu banyak asid dirembeskan ditambah pula lapisan pertahanan dinding perut menjadi lemah, keradangan akan berlaku. Itulah dipanggil gastrik. Lebih teruk dari gastrik adalah ulser perut dan pendarahan pada dinding perut yang boleh menyebabkan masalah najis dan muntah berdarah.


Bagaimana gastrik boleh berlaku?

Antara faktor menyebabkan gastrik:

- Kerap pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
- Merokok dan banyak minuman beralkohol
- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori yang melemahkan lapisan mukosa. Bakteria ini boleh dijangkiti melalui pemakanan dan persekitran yang tidak bersih
- Individu yang banyak mengalami tekanan
- Makan makanan yang sukar dilawas seperti biji cili
- Jadual makan yang tidak teratur


Cara mengatasi gastrik

Individu perlu menjaga pemakanan serta mengubah gaya hidup dari mengelak serangan gastrik. Antaranya:

- Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
- Hentikan pengambilan pil tahan sakit
- Jaga jadual pemakanan yang teratur
- Makan sedikit tetapi kerap
- Kurangkan makan berempah, bercili dan masam
- Kurangkan minuman berkafein dan berkarbonat
- Kerap mengambil susu kerana susu bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut
- Kurangkan makanan yang bersifat berangin


Apa kelebihan set gastrik SHAKLEE

Selain daripada ESP dan Vitamin C, supplemen lain yang boleh membantu untuk menghilangkan gastrik adalah Ostematrix, Peppermint Ginger Plus, Alfafa serta B Complex



Hubungi saya untuk dapatkan set gastrik di 0198185672. Jom atasi masalah gastrik anda megikut kemampuan anda..


Saturday, January 28, 2017

ATASI ANAK SEMBELIT DENGAN MEALSHAKES SHAKLEE

Ibu mana yang  tidak risau kalau anak susah untuk membuang air besar dan juga sembelit. Sebagai ibu, mesti kita akan cuba pelbagai cara untuk mengatasinya kan. Tambahan pula, sekiranya anak itu susah untuk makan makanan berkhasiat seperti buahan, sayuran, bijirin dan juga air kosong. Kalau begitu pola pemakanan anak, memang tak cukup nutrisi dan serat untuk membantu penghadaman anak.

Adakah sembelit itu penyakit?

Sembelit merupakan keadaan di mana kanak-kanak itu menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas untuk membuang najis. Mengikut Dr Zubaidi, sembelit bukanlah merupakan satu penyakit. Sekiranya kanak-kanak itu membuang air besar sekali dalam 3 hari masih lagi dikira normal melainkan menunjukkan ada tanda-tanda sembelit. Frekuensi normal pembuangan najis kanak-kanak adalah sekali setiap 2-3 kali.


Apakah tanda kanak-kanak itu sembelit?

- menangis dan tidak selesa ketika membuang air besar
- mengadu sakit ketika hendak membuang dan meneran
- najis kelihatan keras dan berbiji-biji
- kentut dan najis berbau lebih busuk


Kesan sembelit pada kanak-kanak

- perut kembung
- luka di dubur yang boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang
- sakit perut
- boleh mengundang penyakit merbahaya yang lain

Cara mengatasi sembelit

- sediakan jus buah untuk diminum bagi membantu sistem penghadaman
- sentiasa memastikan kanak-kanak minum air kosong
- menggalakkan kanak-kanak makan banyak buahan, sayuran,
- jangan menahan dari membuang air besar

Saya faham sekiranya ada sesetengah kanak-kanak, sangat susah untuk makan sayur, buah serta minum air kosong. Itulah yang terjadi pada anak-anak saya. Jadi boleh amalkan secara konsisten untuk bagi anak-anak minum MEALSHAKES.

Kebaikan dan kelebihan MEALSHAKES SHAKLEE



Mealshakes nie boleh bancuh dengan minuman kesukaan anak-anak. Ia berperisa vanila, jadi anak-anak mesti sukakannya.

Mealshakes mengandungi 23 jenis vitamin & mineral termasuk fiber untuk membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Ia juga minuman multivitamin yang mengandungi protein, asid folik, biotin, kalsium, magnesium, B kompleks serta zat besi untuk membina tulang serta sel-sel badan yang sihat.

Testimoni MEALSHAKES

Anak saya sendiri yang sulung memang sangat jarang membuang air besar. Boleh dikatakan, lebih 3 hari baru membuang. Tapi alhamdulillah, sejak saya campurkan mealshakes 3 kali sehari dengan susu dia, alhamdulillah dalam 2-3 hari sekali dia akan membuang.

Anak kepada kawan saya pun mengalami sembelit. Alhamdullilah, dalam seminggu amalkan mealshakes ada perubahan positif pada anak dia.



Sebagai ibu, jom kita sama-sama bantu anak kita untuk membesar dengan sihat dan terhindar dari masalah sembelit dengan MEALSHAKES. Apa-apa pun, kita hanya mampu ikhtiar tapi ALLAH yang berkuasa memberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik.

Nak buat tempahan dan inginkan lagi penjelasan, boleh hubungi saya di 0198185672 (whatsapp).