Saturday, January 28, 2017

ATASI ANAK SEMBELIT DENGAN MEALSHAKES SHAKLEE

Ibu mana yang  tidak risau kalau anak susah untuk membuang air besar dan juga sembelit. Sebagai ibu, mesti kita akan cuba pelbagai cara untuk mengatasinya kan. Tambahan pula, sekiranya anak itu susah untuk makan makanan berkhasiat seperti buahan, sayuran, bijirin dan juga air kosong. Kalau begitu pola pemakanan anak, memang tak cukup nutrisi dan serat untuk membantu penghadaman anak.

Adakah sembelit itu penyakit?

Sembelit merupakan keadaan di mana kanak-kanak itu menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas untuk membuang najis. Mengikut Dr Zubaidi, sembelit bukanlah merupakan satu penyakit. Sekiranya kanak-kanak itu membuang air besar sekali dalam 3 hari masih lagi dikira normal melainkan menunjukkan ada tanda-tanda sembelit. Frekuensi normal pembuangan najis kanak-kanak adalah sekali setiap 2-3 kali.


Apakah tanda kanak-kanak itu sembelit?

- menangis dan tidak selesa ketika membuang air besar
- mengadu sakit ketika hendak membuang dan meneran
- najis kelihatan keras dan berbiji-biji
- kentut dan najis berbau lebih busuk


Kesan sembelit pada kanak-kanak

- perut kembung
- luka di dubur yang boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang
- sakit perut
- boleh mengundang penyakit merbahaya yang lain

Cara mengatasi sembelit

- sediakan jus buah untuk diminum bagi membantu sistem penghadaman
- sentiasa memastikan kanak-kanak minum air kosong
- menggalakkan kanak-kanak makan banyak buahan, sayuran,
- jangan menahan dari membuang air besar

Saya faham sekiranya ada sesetengah kanak-kanak, sangat susah untuk makan sayur, buah serta minum air kosong. Itulah yang terjadi pada anak-anak saya. Jadi boleh amalkan secara konsisten untuk bagi anak-anak minum MEALSHAKES.

Kebaikan dan kelebihan MEALSHAKES SHAKLEE



Mealshakes nie boleh bancuh dengan minuman kesukaan anak-anak. Ia berperisa vanila, jadi anak-anak mesti sukakannya.

Mealshakes mengandungi 23 jenis vitamin & mineral termasuk fiber untuk membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Ia juga minuman multivitamin yang mengandungi protein, asid folik, biotin, kalsium, magnesium, B kompleks serta zat besi untuk membina tulang serta sel-sel badan yang sihat.

Testimoni MEALSHAKES

Anak saya sendiri yang sulung memang sangat jarang membuang air besar. Boleh dikatakan, lebih 3 hari baru membuang. Tapi alhamdulillah, sejak saya campurkan mealshakes 3 kali sehari dengan susu dia, alhamdulillah dalam 2-3 hari sekali dia akan membuang.

Anak kepada kawan saya pun mengalami sembelit. Alhamdullilah, dalam seminggu amalkan mealshakes ada perubahan positif pada anak dia.



Sebagai ibu, jom kita sama-sama bantu anak kita untuk membesar dengan sihat dan terhindar dari masalah sembelit dengan MEALSHAKES. Apa-apa pun, kita hanya mampu ikhtiar tapi ALLAH yang berkuasa memberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik.

Nak buat tempahan dan inginkan lagi penjelasan, boleh hubungi saya di 0198185672 (whatsapp).


No comments:

Post a Comment