Friday, September 30, 2016

KAWAL KOLESTROL DARI SEKARANG!!


Anda dah tahu tahap kolestrol dalam badan anda? Bagaimana nak tahu? Anda perlu buat ujian darah di mana-mana klinik swasta atau kerajaan sahaja. Sangat penting untuk tahu tahap kolestrol dalam badan kita nie. Kolestrol tinggi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung yang merupakan pembunuh no 1 negara.

Saya terpanggil untuk menceritakan berkenaan kolestrol dalam entri kali ini disebabkan keluarga saya serta rakan-rakan terdekat saya juga mengalami masalah kolestrol tinggi. Saya dan suami sendiri mengalami masalah yang sama. Walaupun masih dalam peringkat berjaga-jaga, perlu dicegah dari awal. Tambah lagi ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung.

Dalam entri kali saya akan menyentuh beberapa perkara:

1. Apakah itu kolestrol?

2. Bagaimana kolestrol boleh menyumbang kepada masalah kesihatan

3. Makanan yang mengandungi tinggi kolestrol

4. Langkah pencegahan

5. Bagaiman SHAKLEE membantu


Apakah kolestrol?

Kolesterol ialah bahan berlemak yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia di mana diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran dari hati Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam,ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh prtein yang dipanggil chylomicron.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Sebenarnya kolesterol juga diperlukan oleh tubuh untuk membantu membina sel-sel baru agar tubuh tetap berfungsi secara normal. Selain itu, kolesterol juga membantu badan mengeluarkan vitamin D, sejumlah hormon, dan asid hempedu untuk mencerna lemak.

LDL bertugas mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. Namun jika jumlah kolesterol tersebut melebihi keperluan, maka akan mengendap pada dinding-dinding arteri yang menyebabkan penyempitan salur darah dan menyumbang kepada penyakit. HDL pula bertugas untuk mengangkut kolesterol kembali ke dalam organ hati. Di dalam hati, kolesterol akan dihancurkan atau dikeluarkan oleh tubuh melalui kotoran.


Bagaimana kolestrol boleh menyumbang kepada masalah kesihatan

Apabila kandungan LDL tinggi dalam darah, akan menyebabkan penyempitan salur darah dan juga arteri (atherosclerosis). Maka aliran darah di jantung, otak dan sebahaguan tubuh akan tersumbat yang akan menyebabkan berlakunya stroke serta serangan jantung.


Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Apabila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami stroke.



Makanan yang mengandungi tinggi kolestrol

Kolesterol tinggi banyak terdapat dalam produk makanan yang diperbuat dari haiwan serta pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan.

Antara makanan yang mengandungi tinggi kolestrol seperti:

1. kuning telur

2. mentega

3. makanan laut seperti udang, kerang, lobster

4. daging,ayam

5. Produk tenusu

Boleh rujuk laman web http://halosehat.com/gizi-nutrisi/panduan-gizi/99-makanan-yang-mengandung-kolesterol-tinggi-dalam-tabel untuk tahu lebih lanjut senarai makanan yang mengandungi tinggi kolestrol.


Langkah pencegahan


Antara langkah pencegahan adalah:

1. Kurangkan pengambilan makanan berasaskan haiwan
2. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran
3. Kurangkan pengambilan garam serta gula
4. Banyakkan makanan bijirin seperti oat
5. Perbanyakkan aktiviti fizikal dan bersenam

Selain itu juga, perlu untuk membersihkan semula saluran darah yang tersumbat dengan plak kolestrol itu.


Bagaimana SHAKLEE membantu


SHAKLEE dapat membantu mencegah serta membersihkan semula saluran darah dengan Set Kolestrol SHAKLEE



Untuk maklumat lanjut serta ingin buat tempahan Set Kolestrol SHAKLEE, hubungi saya Pengedar SHAKLEE anda di talian 0198185672

No comments:

Post a Comment