Thursday, August 4, 2016

KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN

KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN

Apa itu Kalsium?

Kalsium merupakan salah satu mineral yang sangat penting untuk tubuh. Kalsium memiliki peranan yang sangat penting untuk mengendalikan tekanan darah, membina kekuatan untuk tulang dan gigi. Tanpa kalsium yang cukup maka tubuh Anda akan menjadi lebih lemah bahkan boleh menderita pelbagai penyakit tulang. Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan masalah kesihatan gigi jangka panjang mulai dari sejak lahir hingga tua

TANDA KEKURANGAN KALSIUM:
  1. Kekejangan atau kram otot
  2. sukar/susah nak tidur
  3. Perasaan berdebar2
  4. Eczema-penyakit kulit
  5. Rapuh kuku
  6. Sakit Sendi
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Gigi reput
  9. Paras Kolestrol timggi
  10. Kebas-kebas kaki dan tangan
  11. Rheumatiod arthritis
  12. Rickets

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tahu yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot. Perkara ini yang menyumbang kepada:

  1. Penyakit osteoperosis.
  2. Pembentukan struktur normal sel
  3. Sistem saraf
  4. Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 600gram kalsium, kekurangan kalsium ini akan diambil dari tulang dan gigi kita. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

  1. Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  2. Sukar tidur (Insomnia)
  3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4. Sakit pinggang dan kaki
  5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6. Luka susah sembuh, darah lambat beku
  7. Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  8. Menurunkan kadar metabolisme
  9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  11. Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

SUMBER MAKANAN TINGGI KALSIUM




Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.


BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU??

Mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium. Pengambilan Kalsium dan Magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?

i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.
ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Shaklee menawarkan Ostematrix Shaklee dengan kandungan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.



Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Bukti Penyerapan Ostematrix Sepenuhnya Diserap Oleh Badan Selepas 12 Jam Pengambilan



Sekiranya anda adalah orang yang tergolong dalam golongan di bawah, cuba untuk mengambil supplemen OSTEMATRIX SHAKLEE bagi melengkapkan keperluan kalsium dalam badan anda







Sekiranya anda ingin buat tempahan dan juga memerlukan penjelasan lagi jelas berkenaan OSTEMATRIX SHAKLEE, boleh hubungi saya di talian 0198185672 (whatsapps)

No comments:

Post a Comment