Tuesday, August 23, 2016

USUS BERSIH DENGAN HERBLAX SHAKLEE


USUS BERSIH DENGAN HERBLAX SHAKLEE


Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat dengan kebersihan usus, jadi amatlah penting kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ini.

Pengalaman saya sebelum ni memang selalu sembelit. Makan hari-hari, tapi membuang kadang tu sampai 3-4 hari baru nak buang.Senak berasa perut ni, tak selesa, emosi rasa tak stabil...Berat badan makin naik..perut pulak makin membuncit. Normal pembuangan najis/detoks ialah 1-2 hari yer. Kalau lebih dari 2 hari itu tandanya usus anda bermasalah. Jangan biarkan kerak-kerak usus tersimpan lama di dinding kolon kerana berisiko untuk mendapat kanser kolon.


Fakta Berkenaan Mikroorganisma Dalam Kolon/Usus


Tidak ramai tahu apa yang terkandung dalam kolon mereka. Sedangkan ia sangat penting bagi tubuh yang sihat. Sebenarnya dalam usus kita terdapat trillion organisma yang terdiri daripada bakteria, protozoa, yis dan lain-lain mikrooganisma yang disebut sebagai mikroflora.

Mereka berfungsi melengkapkan penghadaman makanan melalui proses fermentasi, melindungi tubuh daripada serangan bakteria penyebab penyakit, menghasilkan vitamin yang larut air dan meransang perkembangan sistem imun.

Dianggarkan sepanjang 28 kaki, saluran penghadamann terdiri daripada perut dan usus kecil yang memproses apa yang dimakan menjadi nutrien. Manakala kolon usus besar atau kolon berfungsi sebagai kilang mikrobial.

Dianggarkan terdapat lebih 400 spesies bakteria hidup dalam tubuh setiap individu. Berbanding perut dan usus kecil yang hanya mempunyai sedikit bakteria, dalam kolon, isipadunya meningkat kepada 1 trillion per milimeter najis yang dihasilkan.

Kandungan mikroflora dalam saluran penghadaman boleh boleh menjadi kurang disebabkan oleh peyakit, susu, antibiotik, pengambilan ubat dan perubahan dalam diet.


Detox/nyahtoksin Usus



Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Terdapat beberapa cara untuk detox usus:

1. Air kosong

Minum dalam 2-3 L sehari. Air kosong dapat melancarkan perjalanan usus dan darah, kosong kalori (tak menggemukkan), dan boleh buat sel yang tua kembali muda.

2. Jus epal

Minum jus epal secara kerap dapat memperbaiki pergerakan usus, memecahkan toksin, dan memperbaiki kesihatan organ hati dan penghadaman.

Mulakan awal pagi dengan segelas jus epal segar (atau boleh minum jus epal organik). Kemudian, ikuti dengan air kosong 30 minit kemudian. Ulang langkah ini beberapa kali sepanjang hari.

3. Jus lemon

Lemon sangat kaya dengan vitamin C yang membantu proses penghadaman.

Campurkan sebiji lemon (yang dihiris) dengan secubit garam dan sedikit madu ke dalam air suam. Minum setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan membantu kita tambah tenaga, senang membuang dan mencantikkan kulit juga.

4. Jus sayuran mentah

Antara sayuran yang boleh dibuat jus ialah lobak, ubi bit, bayam, timun, dan sebagainya. Kisar, dan minumlah jus ini semasa perut kosong.

5. Makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat dapat membantu mencuci usus, melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus yang menggalakkan pembuangan bahan buangan.

Makan banyak makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, gandum, dan kekacang.

6. Yogurt

Yogurt segar mengandungi prebiotic iaitu kultur hidup yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam salur usus. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah pertumbuhan lapisan sel dalam kolon.

Yogurt dapat selesaikan banyak masalah penghadaman seperti angin, ketidakhadaman, sembelit dan sebagainya.

7. Flaxseed

Bijian daripada sejenis pokok (pokok flax) ini sangat kaya dengan omega-3, bersifat antioksidan dan tinggi kandungan serat. Apabila kita mengambil flaxseed, ia akan menyerap air, dan kembang dalam usus. Jadi ia membantu menyerap segala toksin dan mukus yang tak berguna dalam usus dan membuangnya. Flaxseed ini juga dapat membantu mencegah kanser, sakit jantung dan diabetes.

Caranya, boleh campurkan flaxseed ini ke dalam minuman, yogurt, atau salad. Lagi baik jika tambahkan sesudu flaxseed ke dalam air kosong dan minum awal pagi semasa perut kosong atau sebelum tidur untuk kesan lebih pantas.

Flaxseed yang organik boleh di dapati di kedai yang menjual produk organik.

8. Garam laut

Masukkan sesudu garam ke dalam segelas air dan didihkan. Minum campuran ini semasa perut kosong di awal pagi. Tunggu beberapa minit, kemudian berbaring. Lakukan urutan pada bahagian perut untuk meransang pergerakan usus. Ini juga dapat membuang toksin berbahaya, kerak usus, parasit dan bakteria daripada salur usus.

Lakukan teknik ini lima kali dalam sebulan tapi pastikan anda tidak mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi atau masalah jantung.


9. Aloe vera

Aloe vera mempunyai kemampuan detoksifikasi dan bertindak sebagai laksatif yang dapat memperbaiki masalah seperti sakit kepala, jangkitan kulit, cirit-birit, gastrik dan sembelit.

Campurkan jus lemon dan gel aloe vera bersama dan kisar untuk mendapatkan jus yang halus dan lembut. Simpan beberapa jam di dalam peti ais dan kemudian minumlah beberapa kali selama beberapa hari.

10. Halia

Halia memang herba nombor satu untuk membuang angin dan memberi keselesaan kepada perut.

Boleh makan potongan halia begitu saja atau masukkan ke dalam jus lemon, teh, dan masukkan ke dalam masakkan.



Apabila usus dah bersih daripada toksin berbahaya, insyaAllah tubuh badan juga akan sihat keseluruhannya.





HERBLAX SHAKLEE MEMBANTU DETOX USUS





Manfaat utama herblax:

1. Pembersihan najis yang tersekat

2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh

3. Membantu masalah sembelit

4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus

5. Mengempiskan perut

6. Membantu atau memberikan kepejalan pada perut




Alhamdulillah setelah saya mengambil herblax setiap malam, membantu saya untuk membuang air besar secara mudah serta membantu mengempiskan perut yang diidamkan.


Untuk dapatkan herblax sebagai supplemen untuk membantu membersihkan usus anda, boleh whatsaap saya di 0198185672

No comments:

Post a Comment