Monday, November 7, 2016

MUKA BERSIH DAN BERSERI-SERI


Muka yang bersih, cantik dan berseri-seri adalah idaman setiap manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan termasuklah diri saya sendiri. Ketika saya zaman bujang dulu, rajin juga lah menjaga muka dengan pelbagai set kecantikan muka. Memang selalu bertukar-tukar set.. hehehe..Selepas berkahwin, memang langsung tak beli apa2 produk kecantikan. Pada suatu hari, rajin pulak nak tengok2 muka kat cermin, nampak muka makin kusam dan blackhead dah makin banyak. Masa tuh la terdetik untuk menjaga muka semula. Mesti la nak sentiasa berseri-seri secara semulajadi untuk suami tercinta kan.


Memandangkan saya sudah jatuh cinta dengan beberapa supplemen produk shaklee, saya pun beli salah satu produk kecantikan shaklee iaitu Nutriwhite Action Makeup Remover Shaklee. Alhamdulillah beberapa kali guna, memang nampak perbezaannya. Keluarlah segala sel kulit mati kat muka tuh. Yang paling seronok adalah, muka rasa sangat licin dan lembut. Tambah2 lagi, dapat pujian dari si suami. Saya pilih make up remover shaklee ini adalah untuk hilangkan segala kotoran dan sel mati di muka yang mungkin dah bertahun melekat kat muka. Produk nie sesuai untuk sesiapa sahaja walaupun tidak bermake up.





Saya kongsikan sedikit kenapa kulit muka boleh jadi kusam dan tidak berseri-seri.


Kulit kusam boleh disebabkan oleh faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman disebabkan oleh kurangnya nutrisi badan yang berguna untuk menjaga kelembapan wajah seperti kurangnya vitamin C, vitamin E, kolagen, protein dan juga toksin banyak dalam badan. Keadaan kulit termasuk kulit mati, kering, berminyak serta berjerawat juga menyebabkan kulit kusam. Faktor luaran pula disebabkan oleh pencemaran udara, sinaran matahari dan juga kesan produk kecantikan yang tinggi bahan kimia.


Ingin dapatkan kulit muka yang sihat, bersih dan berseri-seri, perlulah rajin untuk mencuci muka dengan air bersih, minum air kosong secukupnya, jaga pola makanan sihat dan selalu amalkan pengambilan buah serta sayuran yang sihat.


Selain menggunakan Gentle Action Makeup Remover, saya juga mengambil ESP dan Vitamin C Shaklee untuk penjagaan dalaman.


Kepada yang ingin mendapat kulit yang cantik, bersih serta berseri-seri, boleh cuba set dalaman serta set luaran kecantikan SHAKLEE mengikut kemampuan anda.




ESP
- Sumber protein yang merupakan sumber utama dalam pembentukan sel baru dan sihat
- Merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengurangkan kesan parut


B-Complex
- Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat
- Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.


Vitamin C SR
- Memberikan kolagen supaya kulit lebih kenyal
- Mampu mencerahkan kulit secara semulajadi dan sekata.


Vitamin E
- Membaiki parut,antipenuaan dan bersifat antioksida





Nutriwhite Action Makeup Remover
- Menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
- Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit


Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menghilangkan kotoran, buang sel mati dan menegangkan
- Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen


Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
- Mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Kulit lebih segar dan lembap



Boleh hubungi saya di 0198185672 untuk dapatkan konsultasi percuma untuk kecantikan muka anda. 

Thursday, November 3, 2016

KEPENTINGAN AIR UNTUK TUBUH

Seperti yang kita semua tahu, air merupakan elemen terbesar dalam tubuh kita. 70% daripada kandungan tubuh badan kita adalah terdiri daripada air.


Oleh sebab itu, kita haruslah mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk rekod, terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa setiap orang dewasa digalakkan mengambil 2.5 liter sehari. Ini adalah berdasarkan kepada kiraan satu mililiter air diperlukan untuk setiap kalori makanan. Orang dewasa memerlukan kira-kira 2500 cal sehari. Boleh jugak mengikut kiraan 1.5 liter air diperlukan bagi setiap 25 kg berat badan.

Kepentingan air untuk tubuh badan:

1. Melembapkan udara dalam peparu
2. Meningkatkan kadar metabolisme
3. Melindungi organ
4. Membantu organ menyerap nutrisi dengan baik
5. Mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
6. Menstabilkan suhu badan

Kesan kekurangan air terhadap tubuh badan:

1. Sembelit dan proses pencernaan terganggu
2. Badan mudah lesu, letih dan mudah mengantuk kerana kurang oksigen
3. Kehilangan air dan darah dalam badan yang boleh membawa maut
4. Badan rasa panas
5. Kurang daya tahan badan

Komposisi air yang diperlukan oleh tubuh:

80% berkumpul di otak
86% pada bahagian jantung
83% bekerja untuk pinggang
90% menguasai darah

Terdapat kajian sains mendapati bahawa:

- 1 gelas air diminum sebelum tidur mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam
- 1 gelas air diminum selepas mandi membantu mengurangkan tekanan darah rendah
- 1 gelas air diminum sebaik bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalaman

Jom amalkan minum air secukupnya untuk kesihatan badan kita yang optimum. Pada pengalaman saya, saya sendiri kurang minum air kosong sehingga pernah mendapat penyakit kencing kotor. Setelah saya mengamalkan pengambilan supplemen shaklee dalam diet harian, mengajar saya untuk disiplinkan diri untuk minum air kosong secukupnya. Pada awalnya, memang akan kerap ke tandas. Tapi, lama kelamaan, badan akan biasa. 

Ingin dapatkan supplemen kesihatan dari SHAKLEE, hubungi saya di 0198185672 (whatsapp). 

Thursday, October 13, 2016

TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN


Adakah anda orang yang mudah demam, selsema, batuk serta sering jatuh sakit apabila terdedah dengan persekitaan yang tidak sihat? Itu adalah tanda menunjukkan sistem imunisasi badan anda bermasalah. Kita memang tidak dapat lari daripada patogen iaitu benda asing seperti habuk, debu, toksin, kuman, bakteria yang terdapat di persekitaran kita. Jadi, selain menjaga persekitaran, perlu juga kita tingkatkan sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan kita supaya kita tidak sering dijangkiti penyakit.


Apakah yang dimaksudkan dengan imunisasi?


Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ yang bertindak sebagai penghalang penceroboh iaitu patogen (virus, bakteria, kulat, cacing, microorganisama dan parasit lain) yang memasuki tubuh dan boleh menyebabkan penyakit




Tahap imunisasi yang rendah ataupun tinggi juga boleh mengundang kepada penyakit:





Apakah organ sistem imunisasi badan?



Organ imunisasi badan ada terdiri luaran dan juga dalaman yang melindungi, menghasilkan enzim, sel darah putih dan juga tempat menyimpan bakteria yang baik untuk menghalang patogen yang memasuki badan kita




Terdapat 3 lapisan sistem pertahanan badan:


Lapisan pertama: kulit, silia, mukus, air liur, peluh, asid perut

Lapisan kedua: inflamasi, sel fagosit seperti sel darah putih, protein antimicrobia (interferon), natural killer cell

Lapisan ketiga: limfosit, antibodi





Bagaimana sistem imunisasi berfungsi?


Tugas utama imun ialah melindungi badan kita daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain melalui tiga cara utama:


Lapisan pertahanan pertama: Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh

Lapisan pertahanan kedua: Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan, memakan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak 

Lapisan pertahanan ketiga: Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser serta sel2 yang telah dijangkiti pada peringkat awal dan menyingkirkannya



BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU?



Hanya produk shaklee sahaja yang dapat membantu menjaga keseluruhan sistem pertahanan badan kita. Setiap lapisan pertahanan memerlukan vitamin dan mineral yang cukup supaya dapat berfungsi dengan baik


Lapisan pertahanan pertama:

  1. Memerlukan multivitamin untuk menyediakan nutrisi asas untuk sel hidup serta sihat
  2. Omega 3 membantu untuk mengelakkan keradangan
  3. Protein untuk membantu menjaga kesihatan kulit serta kesihatan sel

Lapisan kedua:

  1. Memerlukan vitamin C dalam membantu sel darah putih (sebagai askar dalam badan) untuk menyerang patogen
  2. Bawang putih bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  3. Interferon semulajadi iaitu salah satu sel protein yang bertindak sebagai alarm untuk mengejutkan askar pertahanan dalam menyerang patogen
  4. Karotenoid yang membantu natural cell killer serta menghalang pembentukan sel kanser


Lapisan ketiga:
  1. Memerlukan polifenol dan resvetrol yang tinggi dalam mebaiki sel DNA yang rosak disebabkan oleh virus


Produk shaklee dapat membekalkan semua keperluan vitamin dan mineral untuk pertahanan badan yang sihat dan kuat. Selain itu juga, shaklee menyediakan produk penjagaan rumah yang bebas bahan kimia dan toksin dalam menjaga persekitaran yang sihat bermula dari rumah




Inginkan penjelasan lanjut serta ingin buat tempahan, boleh hubungi saya pengedar shaklee yang sah


Thursday, October 6, 2016

PERLUNYA PENJAGAAN HATI..


Hati merupakan organ homeostatis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma badan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik darah. Ia juga menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kg. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.


Dari sudut pandangan Islam, hati juga memainkan peranan penting dalam mecorakkan kehidupan samada ke arah kebaikan atau keburukan.


1. Hati yang bersih ialah hati yang mendorong manusia untuk sentiasa menjalankan perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya.
2. Hati yang mati, menyebabkan seseorang itu merasa lazatnya melakukan kemungkaran dan mengikut nafsu syahwatnya tanpa menghiraukan keredhaan ALLAH
3. Hati yang sakit pula menyebabkan seseorang itu sentiasa ada penyakit hati seperti buruk sangka, sombong, iri hati, dendam dan sebagainya


Begitu juga dalam sudut kesihatan. Hati merupakan organ penting untuk memastikan kesihatan badan kita yang menjalankan pelbagai fungsi dalam badan. Hati yang bersih menjamin kesihatan badan kita. Namun, hati yang kotor akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.




Sekiranya hati tidak dijaga dengan baik dan tidak dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi, lama kelamaan hati akan menjadi 'terlalu penat' dan mengundang kepada penyakit.

Walaupun seseorang itu telah mengamalkan cara pemakanan dan penjagaan diri yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayuran, buahan,kurangkan makanan berlemak dan bergula, minum air yang ditapis, sentiasa bersenam, menggunakan produk penjagaan diri yang organic, namun kita masih terdedah dengan toksin dari persekitaran seperti udara, tanah, kenderaan, kilang dan sebagainya

Apabila hati tidak bersih, toksin tidak dapat dikeluarkan dari badan sepenuhnya dan sebaliknya akan disimpan di lapisan lemak yang boleh mengundang kepada masalah berat badan dan juga perut buncit.


MAKANAN UNTUK HATI SIHAT

Boleh lihat di lama web http://www.shashamohamed.com/2014/05/27-makanan-yang-baik-untuk-hati.html untuk mengetahui makanan yang sesuai untuk penjagaan hati


DETOK HATI DENGAN SHAKLEE

Selain penjagaan makanan serta senaman, hati juga perlu dibersihkan dari segala kotoran dan toksin jahat melalui proses detoksifikasi.




SHAKLEE datangkan DTX Complex untuk membersihkan hati kita secara menyeluruh


DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting daripada milk thistle seed, artichoke, dandelion, turmeric, reishi mushroom dan schizandra.


Kebaikan DTX Complex:

1. Melindungi hati dari toksin seperti dadah, racun dan bahan kimia

2. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis

3. Membina semula sel hati

4. Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu serta mencegah batu karang

5. Mengandungi curcumin dan silymarin; bahan antioksida

6. Meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

7. Merendahkan gula dalam darah

8. Membina imun-membantu dalam mencegah atau merawat kanser


Untuk keterangan lanjut dan inginkan tempahan, hubungi saya di 0198185672



"PELIHARA HATI ANDA SEBELUM PARAH"

Friday, September 30, 2016

KAWAL KOLESTROL DARI SEKARANG!!


Anda dah tahu tahap kolestrol dalam badan anda? Bagaimana nak tahu? Anda perlu buat ujian darah di mana-mana klinik swasta atau kerajaan sahaja. Sangat penting untuk tahu tahap kolestrol dalam badan kita nie. Kolestrol tinggi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung yang merupakan pembunuh no 1 negara.

Saya terpanggil untuk menceritakan berkenaan kolestrol dalam entri kali ini disebabkan keluarga saya serta rakan-rakan terdekat saya juga mengalami masalah kolestrol tinggi. Saya dan suami sendiri mengalami masalah yang sama. Walaupun masih dalam peringkat berjaga-jaga, perlu dicegah dari awal. Tambah lagi ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung.

Dalam entri kali saya akan menyentuh beberapa perkara:

1. Apakah itu kolestrol?

2. Bagaimana kolestrol boleh menyumbang kepada masalah kesihatan

3. Makanan yang mengandungi tinggi kolestrol

4. Langkah pencegahan

5. Bagaiman SHAKLEE membantu


Apakah kolestrol?

Kolesterol ialah bahan berlemak yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia di mana diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran dari hati Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam,ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh prtein yang dipanggil chylomicron.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Sebenarnya kolesterol juga diperlukan oleh tubuh untuk membantu membina sel-sel baru agar tubuh tetap berfungsi secara normal. Selain itu, kolesterol juga membantu badan mengeluarkan vitamin D, sejumlah hormon, dan asid hempedu untuk mencerna lemak.

LDL bertugas mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. Namun jika jumlah kolesterol tersebut melebihi keperluan, maka akan mengendap pada dinding-dinding arteri yang menyebabkan penyempitan salur darah dan menyumbang kepada penyakit. HDL pula bertugas untuk mengangkut kolesterol kembali ke dalam organ hati. Di dalam hati, kolesterol akan dihancurkan atau dikeluarkan oleh tubuh melalui kotoran.


Bagaimana kolestrol boleh menyumbang kepada masalah kesihatan

Apabila kandungan LDL tinggi dalam darah, akan menyebabkan penyempitan salur darah dan juga arteri (atherosclerosis). Maka aliran darah di jantung, otak dan sebahaguan tubuh akan tersumbat yang akan menyebabkan berlakunya stroke serta serangan jantung.


Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Apabila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami stroke.



Makanan yang mengandungi tinggi kolestrol

Kolesterol tinggi banyak terdapat dalam produk makanan yang diperbuat dari haiwan serta pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan.

Antara makanan yang mengandungi tinggi kolestrol seperti:

1. kuning telur

2. mentega

3. makanan laut seperti udang, kerang, lobster

4. daging,ayam

5. Produk tenusu

Boleh rujuk laman web http://halosehat.com/gizi-nutrisi/panduan-gizi/99-makanan-yang-mengandung-kolesterol-tinggi-dalam-tabel untuk tahu lebih lanjut senarai makanan yang mengandungi tinggi kolestrol.


Langkah pencegahan


Antara langkah pencegahan adalah:

1. Kurangkan pengambilan makanan berasaskan haiwan
2. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran
3. Kurangkan pengambilan garam serta gula
4. Banyakkan makanan bijirin seperti oat
5. Perbanyakkan aktiviti fizikal dan bersenam

Selain itu juga, perlu untuk membersihkan semula saluran darah yang tersumbat dengan plak kolestrol itu.


Bagaimana SHAKLEE membantu


SHAKLEE dapat membantu mencegah serta membersihkan semula saluran darah dengan Set Kolestrol SHAKLEE



Untuk maklumat lanjut serta ingin buat tempahan Set Kolestrol SHAKLEE, hubungi saya Pengedar SHAKLEE anda di talian 0198185672

Saturday, August 27, 2016

MINYAK IKAN UNTUK KESIHATAN

Bila dengar minyak ikan, ape korang terlintas dalam fikiran? Makanan yang berbau hanyir dan apa kaitan dengan kesihatan?

Minyak ikan mengandungi asid lemak yg banyak khasiatnya. Tak semua lemak yang kita makan nie semua nya tidak elok untuk kesihatan. Contohnya minyak ikan yang membekalkan Omega 3. Asid lemak yang diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran manakala Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 nie kena seimbang tau. Kalau dua2 nie tak seimbang boleh mengundang kepada penyakit kronik jugak.





Omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Jadi, memang perlukan Omega 3 dari pemakanan seperti ikan laut (tenggiri, salmon, tuna, sardin dan sbgnya). Omega 3 yang mengandungi tinggi EPA dan DHA nie terbukti penting untuk melindungi hati, sistem kardiovaskular serta kesihatan otak.

Saya kongsikan kelebihan Omega Guard shaklee yang mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak








Minyak ikan terbaik di dunia


Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan sebagainya. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmuim, dioksin dan PCB

Kalau korang ade masalah lemah ingatan, kolestrol tinggi, untuk kesihatan otak anak2, masalah sendi memang memerlukan Omega 3 nie.

Boleh whatsapp saya untuk tempahan omega guard shaklee


# pengedar shaklee bintulu_0198185672
# rohayakamarul@blogspot.com
# page:@rohayakamarul87

Tuesday, August 23, 2016

USUS BERSIH DENGAN HERBLAX SHAKLEE


USUS BERSIH DENGAN HERBLAX SHAKLEE


Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat dengan kebersihan usus, jadi amatlah penting kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ini.

Pengalaman saya sebelum ni memang selalu sembelit. Makan hari-hari, tapi membuang kadang tu sampai 3-4 hari baru nak buang.Senak berasa perut ni, tak selesa, emosi rasa tak stabil...Berat badan makin naik..perut pulak makin membuncit. Normal pembuangan najis/detoks ialah 1-2 hari yer. Kalau lebih dari 2 hari itu tandanya usus anda bermasalah. Jangan biarkan kerak-kerak usus tersimpan lama di dinding kolon kerana berisiko untuk mendapat kanser kolon.


Fakta Berkenaan Mikroorganisma Dalam Kolon/Usus


Tidak ramai tahu apa yang terkandung dalam kolon mereka. Sedangkan ia sangat penting bagi tubuh yang sihat. Sebenarnya dalam usus kita terdapat trillion organisma yang terdiri daripada bakteria, protozoa, yis dan lain-lain mikrooganisma yang disebut sebagai mikroflora.

Mereka berfungsi melengkapkan penghadaman makanan melalui proses fermentasi, melindungi tubuh daripada serangan bakteria penyebab penyakit, menghasilkan vitamin yang larut air dan meransang perkembangan sistem imun.

Dianggarkan sepanjang 28 kaki, saluran penghadamann terdiri daripada perut dan usus kecil yang memproses apa yang dimakan menjadi nutrien. Manakala kolon usus besar atau kolon berfungsi sebagai kilang mikrobial.

Dianggarkan terdapat lebih 400 spesies bakteria hidup dalam tubuh setiap individu. Berbanding perut dan usus kecil yang hanya mempunyai sedikit bakteria, dalam kolon, isipadunya meningkat kepada 1 trillion per milimeter najis yang dihasilkan.

Kandungan mikroflora dalam saluran penghadaman boleh boleh menjadi kurang disebabkan oleh peyakit, susu, antibiotik, pengambilan ubat dan perubahan dalam diet.


Detox/nyahtoksin Usus



Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Terdapat beberapa cara untuk detox usus:

1. Air kosong

Minum dalam 2-3 L sehari. Air kosong dapat melancarkan perjalanan usus dan darah, kosong kalori (tak menggemukkan), dan boleh buat sel yang tua kembali muda.

2. Jus epal

Minum jus epal secara kerap dapat memperbaiki pergerakan usus, memecahkan toksin, dan memperbaiki kesihatan organ hati dan penghadaman.

Mulakan awal pagi dengan segelas jus epal segar (atau boleh minum jus epal organik). Kemudian, ikuti dengan air kosong 30 minit kemudian. Ulang langkah ini beberapa kali sepanjang hari.

3. Jus lemon

Lemon sangat kaya dengan vitamin C yang membantu proses penghadaman.

Campurkan sebiji lemon (yang dihiris) dengan secubit garam dan sedikit madu ke dalam air suam. Minum setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan membantu kita tambah tenaga, senang membuang dan mencantikkan kulit juga.

4. Jus sayuran mentah

Antara sayuran yang boleh dibuat jus ialah lobak, ubi bit, bayam, timun, dan sebagainya. Kisar, dan minumlah jus ini semasa perut kosong.

5. Makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat dapat membantu mencuci usus, melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus yang menggalakkan pembuangan bahan buangan.

Makan banyak makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, gandum, dan kekacang.

6. Yogurt

Yogurt segar mengandungi prebiotic iaitu kultur hidup yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam salur usus. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah pertumbuhan lapisan sel dalam kolon.

Yogurt dapat selesaikan banyak masalah penghadaman seperti angin, ketidakhadaman, sembelit dan sebagainya.

7. Flaxseed

Bijian daripada sejenis pokok (pokok flax) ini sangat kaya dengan omega-3, bersifat antioksidan dan tinggi kandungan serat. Apabila kita mengambil flaxseed, ia akan menyerap air, dan kembang dalam usus. Jadi ia membantu menyerap segala toksin dan mukus yang tak berguna dalam usus dan membuangnya. Flaxseed ini juga dapat membantu mencegah kanser, sakit jantung dan diabetes.

Caranya, boleh campurkan flaxseed ini ke dalam minuman, yogurt, atau salad. Lagi baik jika tambahkan sesudu flaxseed ke dalam air kosong dan minum awal pagi semasa perut kosong atau sebelum tidur untuk kesan lebih pantas.

Flaxseed yang organik boleh di dapati di kedai yang menjual produk organik.

8. Garam laut

Masukkan sesudu garam ke dalam segelas air dan didihkan. Minum campuran ini semasa perut kosong di awal pagi. Tunggu beberapa minit, kemudian berbaring. Lakukan urutan pada bahagian perut untuk meransang pergerakan usus. Ini juga dapat membuang toksin berbahaya, kerak usus, parasit dan bakteria daripada salur usus.

Lakukan teknik ini lima kali dalam sebulan tapi pastikan anda tidak mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi atau masalah jantung.


9. Aloe vera

Aloe vera mempunyai kemampuan detoksifikasi dan bertindak sebagai laksatif yang dapat memperbaiki masalah seperti sakit kepala, jangkitan kulit, cirit-birit, gastrik dan sembelit.

Campurkan jus lemon dan gel aloe vera bersama dan kisar untuk mendapatkan jus yang halus dan lembut. Simpan beberapa jam di dalam peti ais dan kemudian minumlah beberapa kali selama beberapa hari.

10. Halia

Halia memang herba nombor satu untuk membuang angin dan memberi keselesaan kepada perut.

Boleh makan potongan halia begitu saja atau masukkan ke dalam jus lemon, teh, dan masukkan ke dalam masakkan.



Apabila usus dah bersih daripada toksin berbahaya, insyaAllah tubuh badan juga akan sihat keseluruhannya.





HERBLAX SHAKLEE MEMBANTU DETOX USUS





Manfaat utama herblax:

1. Pembersihan najis yang tersekat

2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh

3. Membantu masalah sembelit

4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus

5. Mengempiskan perut

6. Membantu atau memberikan kepejalan pada perut




Alhamdulillah setelah saya mengambil herblax setiap malam, membantu saya untuk membuang air besar secara mudah serta membantu mengempiskan perut yang diidamkan.


Untuk dapatkan herblax sebagai supplemen untuk membantu membersihkan usus anda, boleh whatsaap saya di 0198185672

Wednesday, August 17, 2016

VITAMIN C ATASI GUSI BERDARAH


VITAMIN C ATASI GUSI BERDARAH
=======================================================================

Pernah dan sering kali gusi berdarah setiap kali gosok gigi? Mesti tidak selesa dan risau kan? Kalau gusi asyik berdarah nie ada beberapa sebab samada tanda2 awal kemungkinan masalah gusi, cara gosok gigi tidak betul dan mungkin juga kekurangan nutrisi terutamanya vitamin c

Saya sendiri memang sering mengalami gusi berdarah ni. Memang risau sebab x nak la kan gigi rosak dan terpaksa guna gigi palsu di usia ygmuda...hehehe

Alhamdulillah setelah saya konsisten beberapa hari lepas dengan mengambil Sustained Release Vita C Shaklee, gusi dah tidak berdarah setiap kali gosok gigi. Combine dengan ostematrix lagi untuk kuatkan gigi. Vitamin C dalam badan kita nie mudah hilang tau. Memang tiap2 hari kena ambil sayuran dan buah yg mengandungi vitamin C. Kalu leceh nk pilih2 sayur ngan buah, telan 2 biji Sustained Release Vita C dah dapt membekalkan 500-1000mg vitamin c yg diperlukan oleh badan kita seharian.


KENAPA GUSI BERDARAH?


Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak sepatutnya diabaikan oleh semua. Pendarahan gusi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ianya boleh berlaku pada peringkat permulaan jangkitan gusi seperti gingivitis, atau sebagai tanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih serius.



Pendarahan gusi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko dan penyebab:

1. Pendarahan gusi sebagai tanda umum penyakit Periodontal (Penyakit Gusi) serta pembentukan plak
2. Pendarahan gusi berkaitan dengan faktor sistemik dan masalah perubatan seperti jangkitan virus, perubahan hormon, penyakit hematologi, ubat-ubatan serta kekurangan nutrisi seperti vitamin k dan asid askorbik
3. Pendarahan gusi disebabkan oleh kecederaan fizikal pada tisu gusi kerana teknik pembersihan mulut yang tidak betul, alat pembersihan mulut yang tidak tepat, kecederaan oleh benda asing seperti terlekat tulang ikan
Sebaik sahaja anda menyedari bahawa gusi anda mudah berdarah, maka anda perlu berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-puncanya. Pengesanan awal adalah sangat penting kerana bergantung kepada faktor penyebabnya.


Ia adalah sangat penting untuk anda meneruskan rutin yang baik di rumah bagi penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Antara langkah-langkah pencegahan termasuklah:

1. Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi.
2. Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari.
3. Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi yang dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman
4. Makan makanan yang seimbang dan pengurangan kekerapan dan jumlah pengambilan gula juga dapat membantu dalam mengurangkan pembentukan plak.
5. Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.
6. Sentiasa berwaspada mengenai sebarang tanda-tanda amaran dan simptom-simptom masalah gusi seperti gusi kemerahan, berdarah, tidak selesa, perubahan bentuk gusi, penyusutan gusi, kehadiran nanah, gigi longgar, gigi yang telah berubah kedudukan dan nafas berbau.
7.Sentiasa berjumpa doktor gigi anda (sekurang-kurangnya dua kali setahun)

Langkah pencegahan adalah cara yang terbaik untuk membantu anda mengekalkan kesihatan mulut. Lebih awal anda mencegah dan menangani masalah-masalah gusi, lebih tinggi peluang bagi anda mengekalkan gigi untuk seumur hidup. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

sumber dari http://www.myhealth.gov.my/gusi-berdarah/

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA C

Manfaat dan faedah Vitamin C Shaklee terhadap kesihatan ialah:

1. Membentuk Kolagen

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mamp mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.


4. Memerangi Kanser

Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


5. Mencantikkan Kulit

Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7. Mengekalkan Kolesterol Sihat

Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C


Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.


Adakah Vitamin C Daripada Buah Sudah Mencukupi?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit.

Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.


Perbezaan Vitamin C SHAKLEE:


" Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin c telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet vitamin shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang juga dikenal sebagai vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bateria dan radikal bebas.







Jadi, sebab tu lah kita patut amalkan Vitamin C tiap-tiap hari. Vitamin C sebenarnya salah 1 vitamin asas yang patut kita amalkan. Bukan saja untuk gusi berdarah, tapi kalau kerap demam, batu dan selsema, pengambilan Vitamin C masa sihat sangat penting sebenarnya. Sebab bila kita dah sakit, Vitamin C ni dapat kurangkan simptom-simptom penyakit yang kita alami.

Satu botol boleh tahan 3-6 bulan bergantung pada pengambilan..nak vitamin c untuk kesihatan gusi anda, boleh pm saya di 0198185672




# jutawansihat
# shaklee bintulu
# whatsapp_rohaya_0198185672

Tuesday, August 16, 2016

DETOX BADAN DENGAN SHAKLEE

DETOX BADAN DENGAN SHAKLEE



Alhamdulillah berjaya habiskan 7 hari detox challenge shaklee. Memang mencabar. Tapi saya x de la healing crisis teruk seperti orang lain sebab saya dah train badan 3-4 hari awal sebab x nak bagi badan terkejut kalau buat full detox terus. Apa result yg saya dapat lepas 7 hari detox? Alhamdullilah weight loss 1.3 kg (berat kembali pada zaman muda dan bujang dulu) dan total inch loss 2.3 in.

Kenapa saya join program detox shaklee nie?? Sebab utama adalah saya nak sihat. Nak buang segala toksin serta lemak degil dalam badan nie. Saya ada masalah kolestrol tinggi dan perut buncit jadi saya perlu bersihkan dulu segala toksin dan agen perosak dalam badan. Kena cegah awal sebelum terlambat. Selepas 7 hari program nie, memang saya bernekad untuk teruskan eat clean dengan menu sihat. Siap buat jadual mingguan lagi menu sihat saya dan suami.

Dalam entri saya kali nie, saya akan kongsikan beberapa perkara:

a. Elakkan diet yoyo
b. Program detox SHAKLEE
c. Kelebihan set supplemen detox shaklee


1.ELAKKAN DIET YOYO

Secara mudahnya diet bermakna memilih pemakanan, agar makanan yang diambil cukup memenuhi keperluan seharian dari segi nutrisi dan kalorinya. Berdiet bermakna tidak mengambil makanan secara berlebihan atau berkurangan. Orang berdiet untuk menurunkan berat badan tidak seharusnya berlapar atau mengurangkan nutrisi makanan tetapi sebaliknya hanya makan sedikit setiap kali makan. Orang yang silap berdiet mungkin akan mengalami masalah kekacauan metabolisme dan ada pula yang mengalami ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Kita perlu tahu tujuan apa kita ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana, apabila kita sudah capai berat badan yang diidamkan, kemudian selepas itu berat badan akan meningkat semula dalam masa yang singkat. Kemudian, berusaha untuk kurus semula dan kembali kepada berat asal. Fenomena inilah yang dinamakan diet yoyo.




2. PROGRAM DETOX SHAKLEE

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.




Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, kulit bermasalah, perut buncit, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin serta lemak degil di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain. Kenapa perlu mengikuti program detox shaklee?

i. Program Detox Shaklee adalah menyeluruh dan komprehensif dilengkapi dengan nutrisi serta senaman
ii. Program Detox Shaklee membantu anda mendapat berat badan idaman


iii. Program Detox Shaklee membantu anda elakkan kesan yo-yo
iv. Program Detox Shaklee membantu anda kurangkan inci
v. Program Detox Shaklee membantu singkirkan toksin dan lemak degil melalui hati, usus dan darah


3. KELEBIHAN SET DETOX SHAKLEE



1. Herblax

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

2. Pepermint ginger plus

Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Kandungan dalam supplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman

3. Alfafa

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.

4. DTX Complex

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

5. Vivik

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.



Kepada anda yang inginkan menurunkan berat badan, nak sihat, kulit cantik serta kurangkan perut buncit, saya sangat sarankan untuk mengikuti program detox shaklee. Coaching dan menu detox akan disediakan. Memang sangat berbaloi. Tetapi, ingin dapatkan hasil yang positif memang perlu bertahan dan berdisiplin.

Dengan pembelian set detox shaklee, akan mendapat keahlian percuma dan mendapat bonus. Dapatkan segera dengan hubungi saya di 0198185672.


# jutawan sihat
# whatsapp 0198185672 (rohaya)
# shaklee bintulu

Monday, August 15, 2016

SET SENDI SIHAT SHAKLEE

SET SENDI SIHAT SHAKLEE

Alhamdulillah customer repeat order Collagen Powder Shaklee untuk sakit sendi lutut beliau. Setelah beberapa kali consume collagen powder serta omega dan ostematrix, sakit lutut beliau makin berkurangan. Turun naik tangga dah x sakit seperti dulu. Solat pun dah hampir dapat solat seperti biasa. Beliau masih lagi dalam process recover. Sy doakan beliau konsisten makan set sendi shaklee untuk dapat kesan yang sangat positif dan boleh solat seperti biasa tanpa rasa sakit lutut lagi..

Dengan pengalaman customer saya yg makin pulih dengan pengambilan set sendi shaklee, saya ingin kongsikan bersama apa itu sakit sendi dan bagaimana shaklee dapat membantu.

KENAPA BOLEH SENDI SAKIT??
Jom kita kenali ape itu sendi dan bagaimana ia boleh bawa kepada kesakitan



Sendi terbentuk apabila 2 atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, jari kaki dan tangan.

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.


Kesakitan juga mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen atau pangkal saraf. Kesakitan yang kecil mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Hal ini terjadi disebabkan oleh aktiviti yang berat seperti mengangkat berat, postur badan yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul serta berat badan berlebihan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1. Sakit pada sendi yang terlibat.
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4. Adanya pembesaran tulang sendi.







APA KELEBIHAN SET SENDI SHAKLEE??

Set sendi shaklee terdiri daripada Collagen Powder, Omega Guard serta Ostematrik. Kelebihan setiap jenis supplemen adalah seperti di bawah:









Insyaallah dengan pengambilan supplemen set sendi shaklee, dapat membantu anda untuk kembali sihat dan dapat menjalankan aktiviti tanpa sakit sendi lagi.





Bulan nie ada promosi Ostematrik tau. beli 2 botol less 5%. beli 6 botol dapt free 1 botol lagi

Nak tau lagi details dan jugak ingin tempah set sendi shaklee, boleh whatsapp saya, rohaya di 0198185672


Friday, August 5, 2016

TESTIMONI OSTEMATRIX SHAKLEE

TESTIMONI OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix si kalsium Shaklee ni memang sangat cepat buat orang jatuh hati setelah mencubanya termasuklah saya, suami dan customer saya. Mungkin lain orang, lain pengalaman dan kesannya bergantung pada kesihatan individu dan cara pengambilannya

Jom baca tentimoni consumer OSTEMATRIX

1.Kurang sakit sendi 

OsteMatrix merupakan supplement kalsium yang terbaik kerana mengandungi magnesium dan vitamin D. Dua nutrisi ini diperlukan untuk menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam tulang. OsteMatrix membantu mengurangkan rasa sakit-sakit sendi dan menjadikan tulang kita lebih sihat dan kuat dengan izin ALLAH.
"Saya mmg suka Ostematrix Shaklee nie. Dah lama saya consume benda nie tp x berapa nk konsisten. Beberapa bulan lepas, saya dah mula sakit-sakit belakang dan jugak sendi lutut (umur baru lagi 29 tahun..huhuhu..)..hasil pembacaan saya,nie mesti simptom kurang kalsium. Saya sambung balik consume OSTEMATRIX. Alhamdulillah, x sampai sebulan sakit belakang dan sendi lutut dah xde. Masa tuh saya combine dengan OMEGA GUARD SHAKLEE untuk kesan yang lagi optimum"

Salah sorang customer sayakat bawah nie, ambil full set sendi iaitu Ostematrix, Omega dan Collagen Shaklee untuk atasi masalah sendi beliau.




2. Atasi sakit kepala

Kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D dalam OSTEMATRIX dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Gabungan dengan B-complex dapat memberi kesan yang lagi superb!!

"2 hari lepas, suami kesayangan mengadu sakit kepala. Mungkin sebab penat travel dan jugak cuaca panas di Bintulu. Malam tuh saya bagi 4 biji OSTEMATRIX + 2 biji B-Complex SHAKLEE (kebetulan ada stok kat rumah lagi), alhamdulillah beberapa jam lepas tuh sakit kepala berkurangan. Siap boleh main dengan anak-anak lagi"

"Saya sendiri kalau sakit kepala, telan 4 biji OSTE dan tidur sekejap. Alhamdulillah lepas bangun tidur rasa segar"

Lagi testimoni OSTEMATRIX


3. Membantu ibu-ibu semasa kehamilan dan menyusukan ( alahan, lenguh-lenguh, kebas-kebas, cramp, sakit pinggang, sembelit, menampung kalsium ibu hamil dan menyusu)





4. Membantu mengurangkan period pain


Badan kita lama lagi nak guna tau (insyaallah sekiranya ALLAH izinkan panjang umur). Jadi, sangat penting untuk dapatkn kalsium yg secukupnya untuk pasti tulang kita sentiasa sihat

Bulan Ogos nie ada promo tau. Kalau nk harga promo whatsapp saya di 0198185672

#shaklee distributor bintulu_0198185672
#blog: rohayakamarul@blogspot.com

Thursday, August 4, 2016

KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN

KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN

Apa itu Kalsium?

Kalsium merupakan salah satu mineral yang sangat penting untuk tubuh. Kalsium memiliki peranan yang sangat penting untuk mengendalikan tekanan darah, membina kekuatan untuk tulang dan gigi. Tanpa kalsium yang cukup maka tubuh Anda akan menjadi lebih lemah bahkan boleh menderita pelbagai penyakit tulang. Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan masalah kesihatan gigi jangka panjang mulai dari sejak lahir hingga tua

TANDA KEKURANGAN KALSIUM:
  1. Kekejangan atau kram otot
  2. sukar/susah nak tidur
  3. Perasaan berdebar2
  4. Eczema-penyakit kulit
  5. Rapuh kuku
  6. Sakit Sendi
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Gigi reput
  9. Paras Kolestrol timggi
  10. Kebas-kebas kaki dan tangan
  11. Rheumatiod arthritis
  12. Rickets

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tahu yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot. Perkara ini yang menyumbang kepada:

  1. Penyakit osteoperosis.
  2. Pembentukan struktur normal sel
  3. Sistem saraf
  4. Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 600gram kalsium, kekurangan kalsium ini akan diambil dari tulang dan gigi kita. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

  1. Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  2. Sukar tidur (Insomnia)
  3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4. Sakit pinggang dan kaki
  5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6. Luka susah sembuh, darah lambat beku
  7. Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  8. Menurunkan kadar metabolisme
  9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  11. Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

SUMBER MAKANAN TINGGI KALSIUM




Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.


BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU??

Mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium. Pengambilan Kalsium dan Magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?

i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.
ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Shaklee menawarkan Ostematrix Shaklee dengan kandungan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.



Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Bukti Penyerapan Ostematrix Sepenuhnya Diserap Oleh Badan Selepas 12 Jam Pengambilan



Sekiranya anda adalah orang yang tergolong dalam golongan di bawah, cuba untuk mengambil supplemen OSTEMATRIX SHAKLEE bagi melengkapkan keperluan kalsium dalam badan anda







Sekiranya anda ingin buat tempahan dan juga memerlukan penjelasan lagi jelas berkenaan OSTEMATRIX SHAKLEE, boleh hubungi saya di talian 0198185672 (whatsapps)

Thursday, July 28, 2016

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE




Di SHAKLEE, kami yakin kehidupan lebih sihat bermula dengan bahan yang sihat iaitu hasil khazanah alam sumber yang mengagumkan dunia. Kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
SHAKLEE  bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, SHAKLEE merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. SHAKLEE melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk SHAKLEE Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
SHAKLEE menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
SHAKLEE menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
SHAKLEE telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
SHAKLEE menawarkan 4 kategori produk utama iaitu:
1. Set pemakanan sihat (SHAKLEE Nutrition): anti penuaan, nutrisi penting, antioksida, kesihatan tulang, kesihatan jantung, kesihatan pencernaan, sokongan imun, kesihatan hati, kesihatan wanita, nutrisi kanak-kanak, nutrisi sukan
2. Set penjagaan berat badan (Cinch Inch Loss Plan)
3. Set penjagaan diri dan kecantikan: merangkumi produk kesihatan rambut prosante, set kecantikan muka nutriwite & enfuselle, penjagaan harian
4. Set penjagaan rumah (Get Clean)


Produk SHAKLEE adalah dijamin sihat serta HALAL.

Inginkan keterangan lanjut berkenaan produk SHAKLEE, boleh whatsapp saya di 0198185672 atau email rohaya.ramli@gmail.com

Wednesday, July 27, 2016

PEMAKANAN SEIMBANG VS. SUPPLEMEN

PEMAKANAN SEIMBANG VS. SUPPLEMEN

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.


Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.iii. Kandungan fiber yang mencukupiiv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan 
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.


Antara beberapa tips pemakanan seimbang yang boleh diamalkan:

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

tips: setiap 25kg berat badan perlukan 1L air

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Antara jadual makanan yang boleh dijadikan panduan



Adakah anda mengamalkan pengambilan makanan seperti dalam piramid makanan??Jika tidak, pengambilan supplemen adalah digalakkan bagi menampung kekurangan zat dan nutrisi dalam badan kita. Insyaallah, sama-samalah kita mengambil kebaikan dari produk yang bagus dan terjamin halal




Saya akan menceritakan dalam post seterusnya bagaimana supplemen SHAKLEE dapat membantu dalam melengkapkan nutrisi dan pemakanan seimbang seharian